Tuesday, January 1, 2013

Old komputer

Komputer tertua di dunia youuuu...

Harwell Dekatron ialah merupakan komputer digital tertua di dunia kini di pamerkan di Muzium Nasional Komputer di Birmigham, Britain. Komputer yang mempunyai berat sebanyak 2.5 tan ini berjaya di hidupkan semula selepas usaha baik pulih yang memakan masa hampir 3 tahun.

Harwell Dekatron merupakan komputer super yang di gunakan pada tahun 1950-an bagi menyokong program penyelidikan tenaga atom di United Kingdom. Komputer gergasi ini di temui secara tidak sengaja di sebuah gudang selepas 15 tahun di biarkan terbiar.

Reka bentuk dan pembinaan komputer ini dibina pada 1949 bagi kegunaan saintis yang bekerja di pusat penyelidikan tenaga atom di Harwell, Oxfordshire. Awalnya, komputer ini dicipta untuk meringankan tugas pengiraan secara elektrik yang sebelumnya dilakukan dengan mesin.

Usaha pembaikan komputer ini di ketuai oleh Delwyn Holrod yang mengakui komputer ini terlalu uzur dan kotor tetapi dari sudut fizikal komputer ini tidak mengalami banyak kerosakan.

95 peratus penambahbaikan di gunakan daripada komponen komputer ini sendiri termasuk 480 relay dan 828 tabung Dekatron yang masih berfungsi.

Kini dengan segala penambahbaikan Harwell Dakatron ,komputer tertua di dunia boleh berfungsi dan beroperasi seperti biasa.






Sunday, December 30, 2012

Selamat Tahun Baru....

belum terlambat saya ucapkan selamat menyambut tahun baru.. sebab beberapa hari nie saya tidak akan buka blog.. cuti2 akhir tahun.. yeay...

Tidak Terasa penghujung akhir tahun sudah mulai dekat. Tahun kini berganti menjadi tahun yang baru, hati yang lama kita tanggalkan dan digantikan dengan hati yang baru, lembaran kehidupan yang baru kita dimulai diawal tahun 2013 ini. 
 

Matahari menyelinap dibalik bukit,
 sembunyikan kenangan hidup, 
menyimpan lembaran usang, 
menyambut hari-hari muda,
 sebentar lagi ‘kan menjelang.
 Selamat datang sms tahun baru 2013,
 
 harapan baru dan perubahan.
 Masa lalu adalah sejarah,
 hari ini adalah goresan, 
hari esok adalah harapan.
 Selamat datang sms tahun baru 2013. 
Seiring dengan perginya kenangan,
 menyambut harapan.
 Selamat tinggal kenangan, 
selamat datang harapan.

Tuesday, December 11, 2012

si watak tak penting dalam FB

 Ini dia perubahan yang sering berlaku dalam FB...

MODEL : Tukar gambar setiap hari

PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari…

OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)


WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !


PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)


BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit


BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’


PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ==”


BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?


SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.


Datang Bulan : SEMUA AYAT MENGGUNAKAN CAPS LOCK

Pendiam : Setahun sekali Update Status

Kaki Links : Selalu hantar link kat kawan-kawan suruh tekan link walaupun kawan tu tak nak.

Monday, December 10, 2012

Pssst nak dengar lagi tak 2 ?

Psst kali nie versi perempuan la pulak... maw taw jg ka

(1) Ok. Fine!

Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


(2) Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


(3) Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah

Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

(7) Terima kasih

Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)

Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

Sunday, December 9, 2012

Psst nak tahu lagi ka?

Untuk wanita di luar sana ...... sini sa nak g taw satu rahsia alam.....



(1) Ayat maut lelaki : 
Okeylah wak, kita sembang lain kali yek

Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

(2) 
Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

(3)
 Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

(4)
 Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.

(5)
Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.

(6)
 Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.

(7)
 Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.

(8)
 Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.

(9)
 Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih

(10)
 Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

Saturday, December 8, 2012

Pssst nak dengar RAHSIA ker ?

Betul ka nie... Rahsia petanda wanita tu masih dara atau tidak.. wallahualam!!!

Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut

Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung

Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga

Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit

Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

Pipi

Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.
Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.
Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

Telinga

Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.



Hidung

Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).

Mata

Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.
Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.
Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.
Namun begitu…
Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).
Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,

Rambut Wanita

Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

ya Allah

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..