Konsert bertemakan 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa' itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.
''Konsert selama 90 minit yang akan berlangsung nanti akan dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu Permata Seni Tari yang menggabungkan lima koreografi tarian pelbagai kaum dan Permata Seni Koir yang turut menampilkan lima seleksi lagu koir.
"Segmen ketiga pula akan menampilkan Permata Seni Muzik dengan menampilkan empat susunan lagu secara orkestra," katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohd. Juhari Shaarani.
Menurut Rosmah, seramai 174 kanak-kanak di bawah program Permata Negara akan terlibat membuat persembahan, kanak-kanak itu telah menjalani latihan intensif sepanjang tahun oleh tenaga profesional dari dalam dan luar negara.
biarpun tak nampak secara langsung dan cuma mampu memandang persembahan tersebut melalui TV namun saya tetap bangga dengan generasi muda yang banyak terlibat dalam program seperti ini..... bangga menjadi anak malaysia nie
yang benar
1 comment:
tutup pon oke je.blog still ade.have fun with bloggers..
Post a Comment